dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

NADI eSukan LMS - Komunikasi Dalam Pasukan E-Sukan

3 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 03 April 2026, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Komunikasi Dalam Pasukan E-Sukan. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta memahami maksud komunikasi dalam eSukan iaitu pertukaran maklumat antara pemain, berlaku secara pantas semasa game, melibatkan suara, ping dan callout, perlu jelas dan tepat dan asas kepada teamwork yang baik. Selain itu, peserta memahami mengenai shotcalling iaitu pemain yang membuat keputusan utama, memberi arahan semasa perlawanan, tentukan objektif seperti push, lord dan war, memerlukan keyakinan dan kejelasan dan pasukan perlu percaya dan ikut call. Seterusnya, peserta memahami contoh Nada Komunikasi iaitu gunakan nada tenang dan jelas, elakkan menjerit atau panik, nada mempengaruhi emosi pasukan, komunikasi perlu ringkas dan fokus dan nada positif bantu prestasi pasukan. Akhir sekali, peserta memahami konflik dalam pasukan yang berlaku seperti salah faham antara pemain, menyalahkan rakan selepas kalah, ego dan tidak menerima pandangan, emosi tidak terkawal dan kurang komunikasi terbuka.

Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.